Perjalanan Ziarah

Lebih 35 Ziarah Disusun

Mulakan perjalanan rohani yang tidak dapat dilupakan seumur hidup dengan Pakej 12 Hari 10 Malam kami.

Alami keagungan Ilahi Madinah selama 5 malam, tenggelamkan diri dalam Suasana Suci Makkah selama 5 malam lagi, dan sempurnakan ibadah anda dengan bukan hanya satu, bukan dua, tetapi tiga ziarah umrah yang tidak dapat dilupakan.

Menikmati rasa iman dan menyuburkan jiwa anda. Sertai kami dalam pengembaraan yang luar biasa ini, di mana setiap saat akan meninggalkan kesan yang kekal di hati anda.

Hari 1 . Malaysia - Jeddah - Taif

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah
  • Perjalanan ke Hotel Taif

Hari 2 . Taif - Mekah

  • Ziarah Taif: Masjid Ibnu Abbas, Masjid Addas, Masjid Ku’, Makan tengahari Nasi Mendy Taif
  • Kilang Minyak Wangi Ros, Cable Car & Toboggan (kos tambahan)
  • Bersiap Ihram & Miqat Umrah Masjid Qarnul Manazil
  • Ibadah Umrah 1 dengan bimbingan Musyrif KUJDT

Hari 3 . Mekah

  • Rombongan Cik Kiah Mekah (Money Changer, ATM, Restoran, tempat beli belah, tempat Infaq Sabil, Pintu masjid dll.
  • Night walk ke tapak Rumah Abu Bakar RA, Jabal Abi Qubais, Dar Al Arqam, tapak kelahiran Rasulullah SAW, Bukit Safa, Bukit Marwa & Jabal Qu’aiqian

Hari 4 . Mekah

  • Ziarah Jabal Thur & Masyair (Jabal Rahmah, Arafah, Muzdalifah & Mina) Jabal Nur (Lalu sahaja).
  • Miqat Umrah 2 (Di Masjid Ja’ranah)
  • Ibadah Umrah 2 dengan bimbingan Musyrif KUJDT.

Hari 5 . Mekah

  • Ziarah Hudaibiyah, Muzium Al Amoudi & Masjid As Syumaisyi (tapak Baiah Ridwan)
  • Miqat Umrah 3 Masjid As-Syumaisyi
  • Ibadah Umrah 3 dengan bimbingan Musyrif KUJDT.
  • Ziarah ke Pusat Budaya Hira’, mendaki Jabal Nur (Gua Hira’)

Hari 6 . Mekah

  • Majlis Tahlil Arwah

Hari 7 . Mekah - Madinah

  • Tawaf Wada’ dibimbing Musyrif KUJDT
  • Perjalanan ke Madinah
  • Taklimat di Masjid Nabawi, tunjuk arah ke Masjid, ucapan salam kepada Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA & Saidina Umar Al’ Khattab RA

Hari 8 . Madinah

  • Ziarah: Saqifah Bani Sa’adah, Souq Al Manakhah, Masjid Ghamamah, Masjid Saidina Ali KW, Masjid Saidina Abu Bakar RA, kawasan kubah hijau, kawasan luar perkuburan Baqi’.
  • Rombongan Cik Kiah Madinah (Money Changer, ATM, Restoran, tempat beli belah dll)

Hari 9 . Madinah

  • Ziarah: Masjid Juma’ah (lalu sahaja), Masjid Quba’, ladang tamar, Jabal Uhud, Jabal Rummah, Maqam Syuhada’ Uhud, Masjid Qiblatain & medan perang Khandak @ Masjid 7 (lalu sahaja).
  • Ziarah Raudhah dengan bimbingan (perempuan).
  • Ziarah menaiki Buggy di Quba’ Front

Hari 10 . Madinah

  • Ziarah Raudhah dengan bimbingan (Lelaki).
  • Taklimat perjalanan pulang & Program Perpisahan Salam Ukhwah

Hari 11 . Madinah - Malaysia

  • Ziarah Wada’ dibimbing Musyrif KUJDT
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa
    Putera Mohammed Bin Abdul Aziz.

Hari 12 . Malaysia

  • Turunkan jemaah di checkpoint & Pejabat KUJDT
    Jemaah pulang ke destinasi masing-masing.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop