Tentang KUJDT
Tentang KUJDT
Menjadikan Setiap Memori Penuh Erti, Sejak 2015
Bermula sebagai agen jualan pakej umrah, Tuan Haji Mohd Khairuddin Bin Salim dan isteri beliau, Puan Mossiah Binti Mahadi berani menyusun langkah dengan mengumpulkan team yang terlatih dan bersemangat untuk pergi lebih jauh dalam perkhidmatan Umrah, Haji & Muslim Tour.
Jenama KUJDT atau nama asalnya “Kembara Umrah JDT” mula digilap dan semakin dikenali, disebut-sebut oleh para jemaah dan bakal jemaah haji dan umrah. KUJDT telah beroperasi sejak tahun 2015.
KUJDT kini telah mempunyai pelbagai jenis pakej umrah dari ekonomi sehingga pakej premium.
Alhamdulillah, lebih 10,000 pelanggan sangat berpuashati dengan perkhidmatan KUJDT. Angka ini sedang bergerak laju dalam tahun semasa dan akan datang Insyaallah.


Tuan Haji Mohd Khairuddin Bin Salim
& Puan Mossiah Binti Mahadi
KUJDT
Misi & Visi KUJDT
Visi
Menjadi ‘Top 10’ pilihan pelanggan perkhidmatan Umrah, Haji & Pelancongan Muslim PREMIUM di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.
Misi
Menyediakan Pakej Umrah, Haji & Pelancongan Muslim PREMIUM yang telus, berjaminan, bermodul dan teratur serta memenuhi kriteria dan keperluan pelanggan.
TAGLINE
Setiap Memori Penuh Erti…
CORE VALUE KUJDT
1- TRUST (KEPERCAYAAN)
2- FRIENDLY (MESRA)
3- PRIORITY (KEUTAMAAN)
4- GUIDANCE (BIMBINGAN)
5- TEAMWORK (KERJASAMA)
6- CLARITY (KEJELASAN)
7- RESPONSIBLE (BERTANGGUNGJAWAB)
1 - TRUST (KEPERCAYAAN)
Mempertahankan kepercayaan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan.
2 - FRIENDLY (MESRA)
Mengurus program dan perkhidmatan dengan penuh mesra terutama kepada kategori pelanggan yang memerlukan perhatian kesihatan (Dialisis, Kanser dll), orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas agar perkhidmatan mencapai KPI.
3 - PRIORITY (KEUTAMAAN)
Membuat pelanggan rasa diberi keutamaan dari segi layanan yang PREMIUM, pantas, cekap dan istimewa.
4 - GUIDANCE (BIMBINGAN)
• Memberi bimbingan terbaik dan mudah faham kepada pelanggan bagi perlaksanaan manasik Umrah dan Haji serta Ziarah Rasulullah SAW yang menekankan ibrah Sirah Nabawiyah.
• Memberi ’tour guidance’ yang mencipta memori percutian terindah kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Muslim Tour, MICE dan lain-lain lagi.
• Memberi bimbingan berterusan kepada Team KUJDT supaya perkhidmatan kepada pelanggan mencapai KPI.
5 - TEAMWORK (KERJASAMA)
• Memupuk kebersamaan dalam melaksanakan tugasan agar perkhidmatan kepada pelanggan dapat disempurnakan.
• Memahami fungsi dan peranan department dan divisyen lain untuk mencapai objektif KPI bersama yang telah ditetapkan
6 - CLARITY (KEJELASAN)
• Menbudayakan penyampaian maklumat yang jelas dan telus dalam semua urusan dan saluran komunikasi dengan pelanggan.
• Membudayakan komunikasi yang jelas dan telus dalam semua urusan dengan rakan sekerja dan pihak pengurusan.
7 - RESPONSIBLE (BERTANGGUNGJAWAB)
Bertanggungjawab menyediakan, melaksanakan dan melengkapkan perkhidmatan Umrah, Haji, Muslim Tour dan lain lain mengikut apa yang telah diakad dengan pelanggan.
RAKAN OPERASI KUJDT
Rakan Operasi Premium KUJDT
KUJDT mempunyai pelbagai rakan operasi PREMIUM dari bermacam aspek untuk memastikan anda mendapat khidmat mutawwif umrah PREMIUM terbaik dari kami
Rakan Operasi Utama:






Rakan Operasi:







