Alhamdulillah secara rasminya, KUJDT dilesenkan sekali lagi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh Tabung Haji dalam Majlis Serahan Lesen PJH 1447H / 2026M di Movenpick Hotel & Convention Centre.

YB Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan E Brosur Haji dan sampaikan lesen kepada semua PJH.
Sebanyak 699 Syarikat Umrah berlesen MOTAC, 60 Syarikat memohon lesen Haji PJH TH tapi hanya 31 Syarikat sahaja yang mendapat lesen Haji PJH TH
Dari 31, hanya 1 Sahaja lesen Haji PJH TH dari JOHOR (KUJDT)
Ada banyak syarat serta piawaian tinggi yang ditetapkan Tabung Haji termasuk penilaian kewangan, kawal selia operasi, KPI kepuasan pelanggan dan standard kerja MS ISO untuk memboleh sesebuah syarikat mendapat lesen PJH.

Alhamdulillah, KUJDT salah satunya yang mendapat lesej PJH untuk tahun 2026/1447H.
InsyaAllah KUJDT akan terus komited dan serius dalam bab UMRAH & HAJI. KUJDT akan memberikan khidmat yang terbaik dengan Pakej Haji yang fokus kepada keselesaan, kemudahan, keselamatan dan jaminan patuh kepada peraturan Haji dari Malaysia dan juga Arab Saudi.
Untuk Haji kali ini, KUJDT akan fokus pada pergerakan kumpulan kecil, hotel yang bersebelahan dengan Masjidil Haram dan CEO / Mudir KUJDT sendiri akan turut serta dalam menguruskan operasi Haji untuk tahun 2026/1447H untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Jom Tunaikan Haji bersama KUJDT, “Setiap Memori Penuh Erti…”
Layari kujdt.my untuk mendapatkan info / maklumat terbaru dan pakej yang sangat berbaloi untuk anda.
