Blank Title
  • UTAMA
  • PROFIL
  • PRODUK
  • BELAJAR UMRAH
  • GO UMRAH DAN GO HAJI
  • TESTIMONI
  • BLOG
  • GALERI
  • HUBUNGI KAMI

KENAPA SEMUA SIBUK NAK DAFTAR NGAN KEMBARA UMRAH JDT?
AMENDA YANG VIRAL SANGAT PAKEJ UMRAH DIORANG NI EK?
INI SEBAB KENAPA ANDA BOLEH GEMBIRA & TENANG KALAU KAMI URUS
​UMRAH MAK AYAH DAN ANDA SEKELUARGA!

Selalu tak dengar, orang JOHOR gi umrah tapi bimbingan tak sempurna?
Kena tinggallah, mutawif tak layaklah, hukum hakam umrah main bedal aje, main lepaskan jemaah cam tu aje, jadual program berterabur, taka da orang jaga kebajikan di airport dan tanah suci, sakit pening kena urus sendiri, lagilah risau kalau kita hantar mak ayah ke sana. Dan memacam kerisauan lagilah. Sapa tak sayang mak ayah kan?
Sebab masalah-masalah ni lah kenapa orang cari KEMBARA UMRAH JDT bila nak pergi umrah bersama mak ayah, anak-anak ataupun solo. Kerja kami SELESAIKAN MASALAH ORANG NAK PERGI UMRAH.
“Benda ada BIMBINGAN yang padu, kenapa nak UMRAH terkial-kial?”

BIMBINGAN MODUL UMRAH YANG PADU :
Jemaah dibimbing oleh Musyrif KUJDT, Guru Agama lepasan & lulusan B.A / M.A Universiti Al Azhar, Universiti Yarmouk dan IPT tempatan. Sebahagian besar ada tauliah mengajar Jabatan Agama Johor & Selangor. Punyalah ramah, sampai ramai nak buat menantu.
Ada disediakan kursus GO Umrah yang viral tu, dan jugak taklimat tertutup sebelum berlepas, semua tentang pergerakan umrah dan ziarah.
Petugas khas (selain Musyrif KUJDT) yang mengiring sepanjang perjalanan Umrah. Khidmat tolong jenguk mak ayah korang yang kena makan ubat darah tinggi, dialysis dan lain-lain keperluan am di Tanah Suci. Ada petugas yang memang menetap di Mekah dan Madinah!

PENGINAPAN MEKAH MADINAH :
Hotel Mekah 5 Bintang, ROYAL DAR EMAN SAFWAH TOWER (50m), SEBELAH Masjidil Haram jer. Masuk ikut Pintu 1 (King Abdul Aziz Gate). Golek2 je dah sampai masjid (tapi takde orang buat la).
Hotel Madinah 3 Bintang, CONCORDE DAR AL KHAIR (60m), keluar hotel terus nampak Masjid Nabawi, masuk ikut Gate 15.

MAKANAN MEKAH MADINAH :
Makan FULLBOARD 3 kali sehari, buffet kat hotel ye. Bukan makan nasi bungkus, bukan kena beratur kat restoran ambil nasi bungkus dan bukan buffet sarapan sahaja. Mak ayah senang hati, balik masjid makanan dah hidang!

PENERBANGAN & KENDERAAN :
Naik Malaysia Airlines / Saudia. Bukan pesawat tambang murah, TIADA Transit. Masuk Mekah (airport Jeddah), balik ikut airport Madinah. Atau Masuk Airport Madinah, Balik dari Mekah (airport Jeddah). Jimat masa 6 jam atas bas.
Bas sepanjang berada di Mekah dan Madinah lengkap dengan port USB, Tandas dan seat semi bucket selesa.
Bas PERCUMA perjalanan Johor Bahru - KLIA - Johor Bahru. Boleh berhenti ambil Jemaah di mana-mana plaza tol sepanjang Johor Bahru sampai KLIA.

PENGURUSAN AIRPORT DAN CHECK IN BEG :
Memang letih! Lagi2 masa nak balik. ada pulak beg beranak. Don wori, kita uruskan. Masa pergi, Team KUJDT uruskan beg. Sampai kat hotel pun sama, masa checkout pun sama. Cuma letak sahaja beg di luar bilik masa Checkout di Mekah dan Madinah. Kami siap ready alat timbang lagi. Sampai kat airport masa balik, kita settle angkat dan check in beg2 yang dah mengandung tu. Korang perati aje dari jauh ek.

PENGISIAN PROGRAM :
Lebih 30 tempat LAWATAN & ZIARAH, bukan ziarah beshe-beshe. Padat dengan tazkirah, kuliah dan info menarik serta panduan ibadah yang buat korang tenang, seronok dan tak terkial-kial kat sana. Masa umrah, pakai bantuan alat audio pulak, lebih mudah dengar bimbingan tanpa terpisah dengan Musyrif KUJDT. Pasang kat telinga aje, settle!
​
Selain Umrah dan program lawatan, ziarah Wada’ dan Tawaf Wada’ juga dibimbing oleh Musyrif KUJDT.
ZIARAH MEKAH - Jabal Thur (lalu sahaja), Jabal Rahmah Arafah, Mina & Mudzalifah (lalu sahaja), Masjid Masyair Mudzalifah (lalu sahaja), Tapak Nabi Ismail AS nak disembelih (lalu sahaja), Kompleks Melontar Jamrah (lalu sahaja), Masjid Ja’ranah, Jabal Nur (lalu sahaja), Masjid As Syumashi Hudaibiyah , Muzium Alamoudi Hudaibiyah, NIGHT WALK - Rumah Abu Bakar As Siddiq (lalu sahaja), Jabal Abu Qubais, Tempat Kelahiran Rasulullah SAW, Safa & Marwa, Dar Al Arqam (lalu sahaja), Jabal Qu’aiqian, Bangunan Hotel Abraj Janadiriah Tabung Haji (lalu sahaja), Masjid Syajarah, Perkuburan Ma’la, Masjid Jin & Rombongan Cik Kiah di Mekah.
ZIARAH MADINAH - Masuk Raudhah dibimbing, Maqam Rasulullah SAW, Maqam Saidina Abu Bakar RA, Maqam Saidina Umar Al Khattab RA, Perkuburan Baqi’, Muzium Al Quran Masjid Nabawi, Kawasan Kubah Hijau, Saqifah Bani Sa’adah, Masjid Ghamamah, Masjid Saidina Ali KW, Masjid Saidina Abu Bakar RA, Syari’ Hijrah, Tapak Souq Al Manakhah, Masjid Al Ijabah (lalu sahaja), Masjid Jumaah (lalu sahaja), Masjid Quba’, Jabal Uhud, Jabal Rummah, Maqam Para Syuhada Uhud, Kebun Tamar, Masjid Qiblatain (lalu sahaja) dan Masjid Tujuh (lalu sahaja) & Rombongan Cik Kiah di Madinah.
ZIARAH BERBAYAR KE TAIF (RM 250) - Masjid Abdullah Ibnu Abbas RA, Makan Nasi Mendy Taif, Pasar Buah Hada, Kilang Minyak Wangi Ros Taif, Masjid Kuk (lalu sahaja), Masjid Addas (lalu sahaja) dan Masjid Qarnul Manazil.
Air mineral juga kami sediakan dalam bas semasa ziarah luar, kecuali bulan puasa ye.

CENDERAHATI YANG KAMI SEDIAKAN UNTUK ANDA! 

​√  Beg sandang
√  Beg kargo ABS 24 inch roda senyap
√  Beg kargo ABS 20 inch roda senyap
√  Beg kasut untuk ke masjid
√  6 in 1 travel pouch
√  Tag nama dan lanyard
√  Spray wuduk
√  Telekung @ Ihram
√  Buku Panduan Umrah
√  Buku Jurnal Umrah
√  Buku Amalan Tanah Suci
√  Air Zam Zam 5 liter
√  Upah angkat beg hotel Mekah
√  Upah angkat beg hotel Madinah
√  Upah timbang beg airport balik
√  Foto kumpulan saiz A4
√  Bas JB-KLIA-JB

Picture
KEMBALI
SETERUSNYA

KEMBARA UMRAH  JDT

Copyright 2020
Site powered by Weebly. Managed by Exabytes.my - Malaysia
  • UTAMA
  • PROFIL
  • PRODUK
  • BELAJAR UMRAH
  • GO UMRAH DAN GO HAJI
  • TESTIMONI
  • BLOG
  • GALERI
  • HUBUNGI KAMI